Laman web rasmi SSBJ masih di dalam pembinaan..harap maklum..

Kokurikulum

Jawatan Kuasa pengurusan Kokurikulum.
Jawatan kuasa kokurikulum adalah merupakan Majlis kokurikulum Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dimana ia adalah di bawah naungan Yg Bhg Datuk Marina Chin @ Chin Leng Sim. Diuruskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Huszaidi bin Hussin berserta dengan beberapa ahli lagi.


Majlis Kokurikulum ini bertindak bagi menguruskan :

1. Majlis Rasmi Sekolah

2. Kelab Sukan dan Persatuan Akademik

3. Perhimpunan rasmi dan juga harian

4. Majalah Arena

5. Lawatan dan Pameran

6. Lembaga Koperasi Sekolah


Majlis Rasmi Sekolah

Pengurusan bagi Jawatankuasa Majlis Rasmi Sekolah ialah bagi menguruskan segala majlis rasmi yang dianjurkan oleh sekolah antaranya ialah Perayaan Perdana, Perayaan Poongal, Pesta Tanglung, Pesta buah-buahan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Patriotisme serta menguruskan lawatan-lawatan daripada pihak luar.


Kelab Sukan dan Persatuan

Jawatankuasa Kelab Sukan dan Persatuan Akademik pula akan menguruskan perihal pengurusan Kelab dan Persatuan. Antaranya perjumpaan diadakan pada setiap hari Rabu minggu ke-2 dan ke-4 bagi Kelab dan juga Persatuan. Terdapat  20 Kelab Sukan iaitu mengikut sukan yang terdapat di sekolah ini antaranya akuatik, angkat berat, bola jaring, lumba basikal, gimrama dan pelbagai lagi mengikut bidang sukan yang diceburi pelajar. Manakala bagi Persatuan Akademik pula terdapat 9 persatuan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan matematik, Agama Islam, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Komputer, Kebudayaan dan juga Sains Sukan.


Perhimpunan Rasmi dan Harian

Jawatankuasa ini menguruskan perhimpunan rasmi sekolah yang diadakan pada setiap hari Rabu jam 1.30 hingga 2.40 petang. 


Majalah Arena

Jawatankuasa Majalah Arena merupakan jawatankuasa yang menguruskan majalah sekolah. Jawatankuasa ini bertindak bagi sesi pengambilan gambar tahunan dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan disekolah bagi mengisi kandungan di dalam majalah sekolah. Selain itu majalah sekolah ini juga bertindak sebagai pencungkil bakat pelajar di dalam bidang penulisan dan juga kewartawanan. Ini kerana terdapat ruangan bagi pelajar untuk menghantar hasil penulisan mereka untuk dimuatkan dalam majalah ini.


Lawatan dan Pameran

Jawatankuasa ini bukan sahaja menguruskan hal-hal berkaitan lawatan sahaja malah jawatankuasa ini juga menguruskan hal-hal pameran sekinya pihak sekolah mendapat jemputan dari beberapa agensi dan badan-badan tertentu. Antara acara yang telah disertai oleh SSBJ ialah hari bertemu pelanggan TV3, Kejohanan MSSM, hari bertemu pelanggan KPM dan beberapa lagi jemputan lain. Bahan yang dipamerkan sewaktu pameran ialah kejayaan pelajar-pelajar SSBJ.


Lembaga Koperasi Sekolah

Menguruskan jualan buku dan juga uniform sekolah selain mempromosikan produk-produk dan barangan tertentu.

No comments:

Post a Comment